Minggu 7 (Rumusan Bab Tiga & Surat)

MINGGU 7: RUMUSAN BAB TIGA


GAMBAR SAYA.jpg
nama: nurul nabila binti jaffar
nombor matrik: 197296

Bab tiga menghuraikan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran. Penulis menekankan tentang kajian analisis wacana yang meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Analisis wacana tekstual dan ujaran dalam bab tiga berfokus kepada kanak-kanak autisme yang mempunyai gangguan perkembangan saraf sehingga mereka suka untuk berkomunikasi, menjalani interaksi sosial dan masalah tingkah laku. Bukan itu sahaja, penulis juga ada menegaskan tentang nilai sosial untuk memberikan kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat seperti keluarga, jiran tetangga, pelajar sekolah, pelajar universiti, masyarakat setempat dan individu. Penulis menganalisis tentang wacana tekstual melalui model penceritaan nilai sosial cerita kanak-kanak. Oleh itu, bab ini tertumpu kepada kajian wacana tekstual yang terdiri daripada lima buah lagu dan lima buah cerita sosial.

Bait-bait lagu dan cerita sosial telah dianalisis berdasarkan tiga elemen analisis wacana iaitu kandungan, konteks dan andaian. Bagi analisis wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme pula, ujaran tersebut dianalisis melalui tiga ciri-ciri iaitu pendapat, perujukan dan persoalan. Sebelum analisis dilaksanakan, penulis menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian dalam kalangan pelajar autisme. Prosedur yang dijalankan juga amat bersesuaian dengan keadaan pelajar tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis memperdengarkan setiap cerita sosial itu selama 2 jam sehari selama 2 minggu.

Bagi lirik lagu yang bertajuk “Keluarga”, “Diri”, “Saya yang Istimewa”dan“Saya Tahu”, dapat disimpulkan bahawa jenis lagu tersebut berbentuk penceritaan tetapi lirik lagu yang bertajuk “Saya Faham” pula berbentuk bahasa ucapan. Kesemua lirik lagu itu menggunakan kata dan ayat yang mudah difahami untuk semua lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak istimewa.

Lirik-lirik lagu dalam bab tiga ini menggambarkan emosi yang tertentu seperti gembira, rindu, hiba, sedih, simpati, dan ambil berat. Emosi yang terkandung dalam lirik lagu ini mampu mempengaruhi emosi pembaca lebih-lebih lagi kanak-kanak istimewa. Oleh itu, pembaca dapat menghayati setiap bait lagu tersebut.

Nilai-nilai sosial yang terkandung dalam bait-bait lagu dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kanak-kanak istimewa sekiranya mereka didedahkan dengan nilai-nilai sosial sejak kecil lagi oleh ibu bapa mereka. Antara nilai sosial yang diterapkan dalam bait-bait lagu ialah kasih sayang, budi pekerti, tolong-menolong, rajin, kejujuran, baik hati dan sebagainya.

Bagi analisis wacana tekstual cerita sosial dalam bab tiga, penulis menulis cerita sosial bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kanak-kanak istimewa seperti kanak-kanak autisme, sindrom down, disleksia, lambat pelajaran, cerebral palsy dan sebagainya dalam kalangan masyarakat di Malaysia kepada semua individu yang tiada masalah seperti itu.

Majoriti cerita sosial bertemakan kekeluargaan tetapi tema kemasyarakatan dan kejiranan juga diketengahkan dalam cerita sosial bab tiga ini. Penggunaan kata dan ayat juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak istimewa. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis telah memilih kosa kata yang sesuai dan struktur ayat juga mudah difahami oleh kanak-kanak istimewa.

Setiap cerita sosial mengandungi emosi yang tersendiri. Sebagai tamsilannya, majoriti cerita sosial menggambarkan emosi gembira walaupun terdapat emosi lain yang diselitkan dalam kelima-lima cerita sosial tersebut.

Dapat disimpulkan bahawa kesemua cerita sosial menggambarkan nilai baik hati, ambil berat, dan ikhlas. Oleh itu, nilai sosial yang terkandung dalam cerita sosial ini memberi manfaat kepada pembaca dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian pembaca.  (502 patah perkataan)







Minggu 7 (Surat)



Universiti Putra Malaysia,

43400 Seri Kembangan,

Selangor.



23 Oktober 2019.



Menemui adikku, Syafinas di kampung halaman, semoga sihat hendaknya di kampung bersama mak dan abah tercinta.

Adikku,

          Sudah lama kita tidak bertemu wahai adikku yang tersayang. Apa khabar adik, mak dan abah? Sihatkah? Adik ingat lagi janji kakak untuk menceritakan satu kisah haiwan untuk adik dahulu? Kali ini, kakak akan menunaikan janji melalui surat ini.

Pada suatu hari, kawasan tempat tinggal mentadak, kerengga, siput babi dan salamander dilanda kemarau. Mereka kehausan. Di mana mereka ingin mencari sumber air? Mereka tidak berdaya untuk berjalan ke setiap ceruk hutan demi mencari setitik air. Apa yang perlu mereka lakukan demi meneruskan kelangsungan hidup mereka? Mentadak cuba memikirkan cara untuk mencari air tetapi tiada satu cara pun yang terlintas di dalam fikiran mentadak. Mentadak sudah berputus asa. Begitu juga dengan salamander dan siput babi.




    



Tiba-tiba, kerengga terfikir satu cara untuk mencari sumber air. Kerengga berkongsi buah fikirannya bersama kawan-kawannya. Kerengga mengajak kawan-kawanya yang sudah berputus asa tadi untuk mencari air di dalam gua yang berhampiran dari tempat mereka berehat. Kerengga berpendapat bahawa “Failure is a booster for a great success!”. Oleh itu, mereka akur untuk berjalan perlahan-lahan ke gua. Akhirnya, mereka tiba di hadapan gua itu.

           
                        

Tanpa melengahkan masa, mereka berusaha masuk ke dalam gua yang gelap demi mencari air minuman. Sudah sejam mereka berjalan menerusi gua itu tetapi mereka tidak menjumpai air lagi. Mereka sedih. Hati mereka sudah tidak kuat untuk menghadapi dugaan ini tetapi mentadak merasai bahawa mereka bakal menemui sumber air tidak lama lagi.




                                              



          Mentadak mendesak kawan-kawannya untuk ikut serta masuk ke dalam gua lebih dalam lagi. Akhirnya, mereka menemui sumber air di dalam gua itu. Benarlah bahawa “A strong heart will lead to a great success!”. Mereka gembira lalu minum air itu sepuas-puasnya.   

          Setakat ini sahaja surat kakak pada kali ini. Kakak sayang Syafinas. Sampaikan salam untuk mak dan abah.



     Kakak yang sentiasa jelita,

   nurulnabila









NAMA: NURUL NABILA BINTI JAFFAR

NOMBOR MATRIK: 197296

Comments

Popular posts from this blog

Minggu 6 (Puisi & Quotes)

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021