BBM3410Satu2020: Peta Minda Asas Fotografi (Shot) dan Kepentingan Rule of Thirds

Asas Fotografi (Shot)



Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Kepentingan Rule of Thirds


Rule of Thirds merupakan satu teknik fotografi yang penting bagi mengekalkan keseimbangan sesuatu foto. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan Rule of Thirds mampu meningkatkan komposisi sesuatu foto. Teknik fotografi yang berbentuk grid ini mempunyai empat titik penting di bahagian tengah untuk melihat keseimbangan objek atau manusia semasa mengambil gambar. Oleh hal yang demikian, foto yang diambil dapat ditentukan keseimbangannya sebelum foto itu diambil tetapi teknik ini tidak digunakan dalam setiap situasi. Rule of Thirds ini begitu penting bagi individu yang mahu berjinak-jinak dalam dunia fotografi kerana teknik inilah yang akan menghasilkan foto yang menarik. Cara penggunaan teknik fotografi ini tidaklah begitu sukar. Yang penting, objek atau manusia itu perlu diseimbangkan di dalam grid sebelum gambar diambil. Akan tetapi, objek atau manusia tidak semestinya perlu berada di tengah-tengah, yang penting ialah ruang kiri, kanan, atas dan bawah seimbang antara satu sama lain. Teknik ini merupakan satu petua untuk mengambil gambar yang cantik dan menarik. Oleh itu, setiap individu  sama ada yang belum mahir mahupun mahir dalam bidang fotografi tidak boleh memandang enteng terhadap teknik Rule of Thirds ini malahan setiap individu seharusnya mempraktikkan penggunaan teknik ini setiap hari, masa dan saat apabila ingin mengambil gambar yang indah-indah.

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)