Nama : Nur Syawalni Atikah Binti A hmad Rahmattullah No. Matrik : 197358 Nama : Nurul Nabila Binti Jaffar No. Matrik: 197296 Terjemahan Saya yang Istimewa Saya yang Istimewa Saya yang istimewa Dilihat orang setiap masa Kasih sayang dikongsi bersama Abang kakak dan adik serta ibu bapa Saya yang istimewa Bersikap baik sesama manusia Saya dilihat berlainan rupa Semangat positif dikongsi bersama Saya dengan dunia Belajar berdikari setiap masa Hormati orang lebih dewasa Satu perkara disanjung bersama No Bahasa Melayu Bahasa Inggeris (Google Translate) Bahasa Inggeris ...
RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG Graf 6.1: Blog dalam pengajian kesusasteraan Graf 6.2: Blog dalam pembelajaran bahasa Graf 6.3: Blog di dalam pembelajaran teknologi Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Penulisan blog bagi genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun diminati oleh responden wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana responden wanita bersetuju bahawa blog merupakan wahana yang sesuai untuk perkongsian ilmu kesusasteraan kepada orang lain mahupun mengasah bakat mereka dengan ilmu di dada. Graf 6.1 menunjukkan bahawa peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding peratusan responden lelaki bagi setiap genre tetapi perbezaannya tidaklah begitu ketara. Dapat disimpulkan bahawa responden wanita lebih gemar menulis blog untuk pengajian kesusasteraan ber...
BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021 Ulasan tentang Penghasilan Kalendar 2021: Apabila saya mengambil kursus BBM3410 iaitu Multimedia dalam Bahasa, saya didedahkan dengan langkah-langkah menghasilkan sebuah kalendar iaitu Kalendar 2021. Pada mulanya, saya beranggapan bahawa membuat kalendar ini begitu sukar. Pun begitu, penghasilan kalendar ini tidaklah begitu sukar seperti yang saya gambarkan. Dengan bantuan En Akmal, rakan-rakan dan keluarga, saya berjaya menghasilkan Kalendar 2021 dengan jayanya. Foto-foto di atas merupakan hasil kerja saya bagi kelas tutorial setiap hari Jumaat selama 3 minggu berturut-turut sejak minggu ke-12 hingga minggu yang ke-14. Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya menempuh pelbagai cabaran sepanjang saya menghasilkan kalendar ini misalnya laptop tidak berfungsi dengan baik iaitu ‘hang’. Pun begitu, saya tetap redha dengan ujian untuk mencapai kejayaan. Saya yakin, usaha dan redha akan dibalas den...
Comments
Post a Comment