BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1
Nama: Nurul Nabila Binti Jaffar
Nombor Matrik: 197296
Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk
Cerita sosial Nenek dan Datuk ini mengisahkan tentang Alim,
seorang kanak-kanak istimewa yang ingin pulang ke kampung bersama ahli keluarganya.
Alim seorang kanak-kanak yang periang tetapi Alim sedih setelah mendapati
bahawa ayam dan itik sudah tiada di kampung. Alim menyangka bahawa ayam dan
itik milik nenek dan datuk sudah mati. Nenek dan datuk Alim segera datang
melihat Alim yang sedang menangis lalu nenek menunjuk arah reban yang baharu
kepada Alim. Pada mulanya, Alim keliru tetapi dia kembali ceria setelah melihat
ayam dan itik di reban yang baharu.
Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim keliru kerana
keadaan rumah nenek dan datuk sudah berubah. Alim menangis kerana dia menyangka
rumah nenek dan datuk sudah tiada. Setelah nenek memujuk Alim, akhirnya dia
berhenti menangis. Alim kembali ceria seperti biasa apabila menonton kartun di
ruang tamu bersama adik-beradiknya iaitu abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Sungguhpun
Alim seorang kanak-kanak istimewa, Alim tetap disayangi oleh ahli keluarganya
meskipun kerenahnya ada kalanya berada di luar jangkaan.
Ahli keluarganya sentiasa mengambil berat tentang diri Alim
supaya dia tidak merasakan dirinya tersisih oleh insan-insan yang tersayang. Oleh
itu, setiap ahli keluarganya terus berusaha mengambil hati Alim apabila dia
sedih, menangis dan kecewa walaupun ianya berlaku secara tiba-tiba.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori
dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment