BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM
NAMA: NURUL NABILA BINTI JAFFAR
NOMBOR MATRIK: 197296
RINGKASAN CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA
Cerita sosial 2 iaitu Saya yang
Istimewa mengisahkan tentang Alim serta adik-beradiknya iaitu abang Imran, kak
Madinah dan Aisyah yang begitu teruja apabila bapanya membawa pulang banyak
buah-buahan yang dibeli dari pasar tani. Apabila semua ahli keluarga Alim
berkumpul untuk makan buah-buahan tempatan tersebut, tiba-tiba Alim menyatakan
hasratnya untuk memberi sedikit buah-buahan itu kepada jirannya iaitu Sulaiman.
Ibu Alim gembira kerana Alim seorang anak yang berhati mulia kerana Alim ingin
melakukan sesuatu perbuatan yang baik iaitu bersedekah atau saling berkongsi
rezeki dengan jiran tetangga. Alim mengisi buah ke dalam plastik lalu memberi plastik
itu kepada Sulaiman, Alim pulang ke rumah semula sambil tersenyum puas. Alim
makan buah-buahan bersama ahli keluarga lalu menolong adik-beradiknya mengemas
dengan membuang kulit buah-buahan itu tadi ke dalam tong sampah di luar
rumahnnya. Semasa Alim membuang sampah, Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih
dan memuji perbuatan baik yang telah Alim lakukan di samping mendoakan Alim
sekeluarga.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment