MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA.
MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA.
MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK
[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Cerita:
Model penceritaan ini mengisahkan
tentang institusi kekeluargaan iaitu keluarga Alim. Seorang kanak-kanak
istimewa bernama Alim berpuas hati apabila dia dapat membantu ibu dan bapanya
setiap hari tanpa mengira masa. Membantu ibu bapa merupakan satu perbuatan yang
mulia sebagai seorang anak. Justeru itu, kita haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab
dengan meringankan beban ibu bapa kita kerana ibu bapa itu tiada galang
gantinya. Seorang anak yang baik perlu menjaga tutur kata dan tingkah laku agar ibu bapa tidak malu dengan perangai kita. Maka, kita sebagai anak perlulah
berhati-hati setiap saat di samping berbudi pekerti mulia apabila bergaul
dengan masyarakat di sekeliling kita demi menjaga nama baik dan maruah keluarga
tercinta. Bukan itu sahaja, seorang anak yang baik semestinya menyayangi semua
ahli keluarga lebih-lebih lagi ibu dan bapa. Begitu juga dengan Alim di dalam
model penceritaan ini. Dia sangat menyayangi ibu, bapa, abang Imran, kakak
Madinah, Aisyah dan saudara seperti Sulaiman, jiran Alim. Tanpa ahli keluarga,
sudah tentu seseorang itu akan hilang tempat pergantungan. Keluarga perlu
diutamakan dalam setiap hal. Sebagai seorang anak, kita tidak boleh melupakan
segala pengorbanan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Kasih sayang terhadap
keluarga perlu disemat di dalam hati. Sesungguhnya pertalian darah itu tidak
mampu dipisahkan sama sekali.
Rujukan:
Normaliza
Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment