BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Graf 6.1: Blog dalam pengajian kesusasteraan

Graf 6.2: Blog dalam pembelajaran bahasa

Graf 6.3: Blog di dalam pembelajaran teknologi

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Penulisan blog bagi genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun diminati oleh responden wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana responden wanita bersetuju bahawa blog merupakan wahana yang sesuai untuk perkongsian ilmu kesusasteraan kepada orang lain mahupun mengasah bakat mereka dengan ilmu di dada. Graf 6.1 menunjukkan bahawa peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding peratusan responden lelaki bagi setiap genre tetapi perbezaannya tidaklah begitu ketara. Dapat disimpulkan bahawa responden wanita lebih gemar menulis blog untuk pengajian kesusasteraan berbanding responden lelaki. Seterusnya, blog juga digunakan sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden lelaki dan wanita. Hal ini demikian disebabkan oleh responden menggunakan blog untuk menulis surat, meluahkan perasaan dan berkongsi pemikiran kritis. Perbezaan peratusan responden lelaki dan wanita tidaklah begitu ketara bagi penulisan surat dan perkongsian pemikiran kritis tetapi perbezaan peratusan agak ketara bagi kategori meluahkan perasaan. Situasi ini berlaku kerana kaum wanita sudah sinonim untuk meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati kepada orang lain sedangkan kaum lelaki lebih memilih untuk memendamkan perasaan mereka tanpa diketahui oleh orang lain walaupun orang itu betul-betul rapat dengan mereka. Jelaslah bahawa semua responden menggunakan blog sebagai wahana untuk pembelajaran bahasa antara satu sama lain mahupun dengan penulis blog yang lain.  Akhir sekali, blog juga membantu responden untuk mempelajari teknologi yang sedia ada atau yang baharu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa responden lelaki dan wanita cukup gemar memasukkan video dan audio ke dalam blog mereka kerana peratusan responden yang bersetuju bagi dua kategori itu 100% bagi kedua-dua jantina. Walau bagaimanapun, kategori gambar pula mempunyai sedikit jurang perbezaan bagi responden lelaki dan wanita tetapi tidaklah begitu ketara. Dapatlah disimpulkan bahawa responden lelaki dan wanita gemar menggunakan blog bagi tujuan pembelajaran teknologi.

Rujukan/Bibliografi:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terangganu.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)