BBM3410Satu2020: Nota Asas Grafik dalam Multimedia

Nota Asas Grafik dalam Multimedia

Elemen Asas Grafik

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), elemen asas grafik terdiri daripada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Elemen-elemen ini akan dihuraikan serba sedikit untuk pemahaman pembaca semua.



1. Mudah
Apabila masyarakat melihat sesuatu foto atau video, mereka terus memahami mesej yang ingin disampaikan dengan mudah melalui foto tersebut tanpa merugikan masa. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak perlu berfikir dengan lebih lama untuk memahami makna sebenar grafik yang dilihat.

2. Warna
Seseorang yang ingin mengambil gambar tidak boleh memandang enteng tentang pemilihan warna. Kombinasi warna itu penting untuk menarik perhatian masyarakat. Oleh itu, pemilihan warna perlu disesuaikan mengikut konsepnya. Kebiasaannya, grafik yang unggul terdiri daripada kombinasi tiga warna sahaja. Kombinasi pelbagai warna akan mengelirukan masyarakat.

3. Teks
Jenis dan saiz rupa taip perlu dititik beratkan dalam sesuatu grafik. Teks di dalam foto atau video memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan mesej dengan baik kepada masyarakat. Oleh hal yang demikian, masyarakat mudah memahami tujuan grafik itu dipaparkan. Bukan itu sahaja, warna bagi rupa taip juga perlu disesuaikan agar tidak mengganggu grafik sedia ada.

4. Kesesuaian
Grafik yang dipilih perlu sesuai dengan latar tempat, latar masa dan latar watak sama ada di dalam foto mahupun video. Grafik yang tidak sesuai menyebabkan masyarakat keliru tentang mesej yang ingin disampaikan di samping menyebabkan grafik itu bercelaru dari segi pemilihan grafik.

5. Keseimbangan
Grafik yang unggul kebiasaanya mementingkan keseimbangan dengan menggunakan Rule of Thirds. Kotak grid itu membantu seseorang untuk menyeimbangkan gambar dari segi penggunaan ruang. Oleh itu, ruang di bahagian kiri, kanan, atas dan bawah itu seimbang antara satu sama lain.


Kepentingan Asas Grafik

1. Menarik
Foto atau video yang mementingkan elemen asas grafik mampu meninggalkan kesan yang mendalam sehingga dapat menarik perhatian golongan sasaran. 

2. Mudah difahami
Golongan sasaran tidak akan keliru dengan konsep foto atau video yang dipaparkan sekiranya seseorang itu tidak memandang enteng tentang elemen asas grafik.

3. Mesej
Foto atau video yang mengandungi kesemua elemen asas grafik mampu menyampaikan mesej yang ingin disampaikan dengan jelas tanpa berlaku salah faham oleh golongan sasaran.

4. Ketara
Golongan sasaran mampu menjangka apakah mesej atau makna yang ingin disampaikan melalui foto atau video tersebut.

5. Promosi
Foto atau video itu mampu untuk dikomersialkan melalui promosi sekiranya elemen asas grafik dikuasai oleh seseorang jurugambar.

Bahan untuk Asas Grafik



Asas Fotografi

1. Long shot
  • Diambil dari jarak yang jauh dari kamera.
  • Muka tidak jelas kelihatan di dalam gambar atau video.
  • Gambaran keseluruhan jelas kelihatan.
  • Bertujuan untuk memberikan penjelasan dan pemahaman kepada golongan sasaran tentang situasi sebenar foto atau video itu diambil.
2. Medium shot
  • Diambil dari jarak yang hampir dengan kamera.
  • Raut wajah jelas kelihatan berbanding long shot
  • Sesuai untuk semua bahan, objek dan manusia.
  • Lebih fokus untuk memberi penjelasan dan kefahaman kepada golongan sasaran dengan menampakkan aktiviti yang dilakukan oleh individu atau kumpulan di dalam gambar atau video.
3. Portrait
  • Sudah dirancang.
  • Diambil dari jarak yang dekat.
  • Lebih jelas sekiranya diambil di studio tertutup kerana adanya lampu khas untuk penggambaran.
  • Memaparkan wajah yang beremosi.
4. Mug shot
  • Diambil dari jarak yang dekat.
  • Hanya memfokuskan bahagian wajah iaitu raut wajah model secara terperinci.
  • Digunakan sebagai gambar kad pengenalan atau pasport. 
  • Kebiasaannya diambil berlatar belakangkan warna plain seperti warna putih dan biru.
5. Close-up 
  • Model sudah bersedia untuk sesi penggambaran.
  • Diambil dari jarak yang dekat.
  • Memfokuskan raut wajah model secara jelas.
6. Pemandangan
  • Memfokuskan keseluruhan gambar dengan jelas.
  • Kadang-kadang disertakan dengan gambar manusia tetapi pemandangan lebih difokuskan berbanding dengan manusia.
7. Siluet
  • Foto yang berbentuk gelap kerana latar belakang lebih cerah berbanding manusia tetapi bentuk manusia itu masih kelihatan tetapi tidak begitu jelas berbanding dengan latar belakang foto tersebut.
  • Imej orang, haiwan, objek dan sebagainya dalam bentuk pepejal warna tunggal iaitu warna hitam.
8. Kabur
  • Latar belakang foto yang kabur.
  • Kebiasaanya, gambar yang ingin ditonjolkan lebih difokuskan berbanding latar belakang.
9. Pendua
  • Foto yang diambil mempunyai pantulan dari cermin, air dan apa-apa medium yang boleh memantulkan cahaya.
10. Flatlay/Half flatlay/Quarter flatlay/Zero Flatlay
  • Foto makanan atau objek yang kecil.
  • Flatlay-Kedudukan kamera 90 darjah dari objek dan diambil dari atas.
  • Half flatlay- Kedudukan kamera 45 darjah dari objek dan diambil dari sisi atas.
  • Quarter flatlay- Kedudukan kamera lebih kurang 22.5 darjah dari objek.
  • Zero flatlay- Kedudukan kamera diletakkan di atas lantai, meja dan sebagainya yang mempunyai permukaan yang rata. 
11. Swafoto
  • Foto diri sendiri atau bersama dengan orang lain.
  • Menggunakan kamera telefon bimbit atau kamera.
  • Foto berbentuk close-up untuk diri sendiri, bersama rakan-rakan, berlatarbelakangkan pemandangan atau aktiviti dan lain-lain.
Rule of Thirds




-Teknik fotografi yang penting bagi mengekalkan keseimbangan sesuatu foto.
-Meningkatkan komposisi foto. 
-Berbentuk grid. Grid mempunyai empat titik penting di bahagian tengah untuk melihat keseimbangan objek atau manusia semasa mengambil gambar.
-Tidak digunakan dalam setiap situasi.
-Mampu menghasilkan foto yang menarik.
-Objek atau manusia tidak semestinya berada di tengah-tengah, yang penting ialah ruang kiri, kanan, atas dan bawah seimbang antara satu sama lain. 








Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)