BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Taksonomi
Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
|
Strategi
Pengelakan atau Pengurangan
|
1.
Pengabaian/Peninggalan
mesej
2.
Pengelakan
topik
|
Achievement
or Compensatory Strategies
Pencapaian
atau Strategi Pampasan
|
3.
Parafrasa
(Circumlocution)
4.
Penghampiran
5.
Penggunaan perkataan
semua tujuan
6.
Cipta perkataan
baharu (Word-coinage)
7.
Penstrukturan semula/Penggunaan
kaedah bukan bahasa (Use of non-linguistic means)
8.
Terjemahan literal
9.
Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau
membuat tekaan/Appeal for help Stalling
|
Staling
or Time-gaining Strategies
Penangguhan
atauu Strategi Tambahan Waktu
|
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of
fillers/strategi penanda (hesitation devices)
|
Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei
& Scott (1997)
Kepentingan Penggunaan Strategi Komunikasi oleh Dornyei
& Scott (1997)
Menurut Normaliza Abd
Rahim 2019, Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) ini
mempunyai kepentingan dari segi penghasilan komunikasi yang berkesan antara satu sama lain. Taksonomi ini mementingkan setiap perkara yang disampaikan oleh penutur atau penulis itu mampu diterima sepenuhnya oleh pendengar mahupun pembaca. Strategi ini terbahagi kepada tiga bahagian yang utama iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan serta penangguhan atau strategi tambahan waktu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa strategi komunikasi ini memastikan tidak berlaku pengabaian atau peninggalan mesej serta pengelakan topik berlaku dalam suatu komunikasi. Kesannya, setiap informasi yang hendak disampaikan tidak tergantung malahan topik yang dibincangkan itu juga dapat dikekalkan tanpa berlaku peralihan topik. Strategi ini juga memberi fokus kepada pemilihan kata yang tepat agar tidak berlaku kekeliruan sekiranya maksud kata itu tidak diketahui oleh golongan sasaran. Di samping itu, strategi ini menekankan penggunaan kata yang bermakna agar golongan sasaran tidak tertanya-tanya tentang kata yang jarang ditemui walaupun kata itu diterjemah daripada bahasa asing setelah mengalami proses pengantarabangsaan. Jelaslah bahawa Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei dan Scott (1997) ini bertujuan untuk menggalakkan golongan sasaran untuk berkomunikasi dengan berkesan mengikut panduan strategi tersebut.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim.
(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu:
Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment