BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis vanDijk (1997)
TEORI ANALISIS WACANA KRITIS
(VANDIJK, 1997)
Struktur
Makro
Makna global
daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks
|
Superstruktur
Kerangka suatu
teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
|
Struktur
Mikro
Makna lokal daripada
suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang
dipakai oleh suatu teks
|
Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk
(1997)
Ringkasan Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk
(1997)
Menurut
Normaliza Abd Rahim 2019, Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk ini merangkumi elemen struktur makro,
superstruktur dan struktur mikro seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 1 di atas.
Setiap elemen ini mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Sebagai
tamsilannya, struktur makro perlu dianalisis teksnya dari segi makna global
iaitu lebih menyeluruh. Seterusnya, superstruktur itu menekankan tentang
kerangka suatu teks iaitu bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Selain
itu, struktur mikro pula mementingkan makna lokal suatu teks berdasarkan
pilihan kata, kalimat dan gaya yang diguna pakai oleh suatu teks.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim.
(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu:
Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment