BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)





Pendapat tentang Nilai di dalam Cerita Sosial 2

Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 2: Saya yang Istimewa:-
1. Patuh akan arahan orang yang lebih tua.
2. Pemurah atau suka bersedekah.
3. Tolong-menolong.

Pada pendapat saya, nilai-nilai seperti di atas sememangnya terkandung dalam cerita sosial 2 yang bertajuk Saya yang Istimewa. Hal ini demikian disebabkan oleh jalan ceritanya memaparkan perbuatan Alim iaitu seorang kanak-kanak istimewa bersama ahli keluarganya melakukan sesuatu perkara yang bersesuaian dengan nilai patuh akan arahan orang yang lebih tua, pemurah atau suka bersedekah dan tolong-menolong. Nilai patuh akan arahan orang yang lebih tua jelas terpapar apabila anak-anak ibu iaitu Imran, Madinah, Alim dan Aisyah mengangguk kepala sebagai tanda faham setelah ibu memberi arahan untuk meletakkan sampah buah-buahan ke dalam bakul sampah yang disediakan supaya rumah tidak kotor dan bersepah. Seterusnya, nilai pemurah atau suka bersedekah pula jelas kelihatan apabila Alim menyatakan hasratnya kepada ibu untuk memberi sedikit buah-buahan kepada rakan di sebelah rumahnya iaitu Sulaiman. Akhir sekali, nilai tolong-menolong jelas terpapar di dalam cerita ini apabila Alim turut membantu ibu, bapa, abang Imran dan kakak Madinah mengemas sampah buah-buahan bersama-sama setelah selesai menjamah buah-buahan yang dibeli oleh bapanya. Jelaslah bahawa cerita sosial 2 iaitu Saya yang Istimewa dimuatkan dengan nilai-nilai murni untuk dijadikan pedoman kepada semua pembaca cerita ini.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)