BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3
KELUARGA SAYA






Pendapat tentang Nilai di dalam Cerita Sosial 3

Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3: Keluarga Saya:-
1. Rajin.
2. Berterima kasih.
3. Kasih sayang.

Pada pendapat saya, nilai-nilai seperti di atas sememangnya terkandung dalam cerita sosial 3 yang bertajuk Keluarga Saya. Hal ini demikian disebabkan oleh jalan ceritanya memaparkan perbuatan Alim iaitu seorang kanak-kanak istimewa yang rajin menolong ibu bapanya dan gemar membuat kerja rumah untuk meringankan beban ahli keluarga tercinta. Alim suka mengemas rumah lebih-lebih lagi jika Aisyah terlupa mengemas alat permainannya setelah bermain. Bukan itu sahaja, nilai berterima kasih juga dapat dilihat apabila Alim mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapanya setelah ibu dan bapa memuji tindakan Alim yang ringan tulang membantu mereka setiap hari. Seterusnya, nilai kasih sayang itu wujud dalam cerita ini apabila seluruh ahli keluarga Alim menyatakan bahawa mereka sayang dan rindu kepada Alim setelah Alim mengujarkan bahawa dia begitu sayang dan  rindu keluarganya setiap hari. Jelaslah bahawa cerita sosial 3 iaitu Keluarga Saya dimuatkan dengan nilai-nilai murni untuk dijadikan pedoman kepada semua pembaca cerita ini tanpa mengira lapisan umur sama ada muda atau tua.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)