BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

  1. Sampel kajian untuk kajian Facebook terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari 13 buah sekolah di Terengganu manakala sampel kajian untuk kajian Twitter terdiri daripada responden yang dipilih secara rambang daripada akaun Twitter sama ada pelajar universiti, pekerja, organisasi dan persatuan.
  2. Data kajian Facebook berbentuk transkrip interaksi pelajar, temu ramah dan pemerhatian yang dibuat oleh pengajar manakala data kajian Twitter diperoleh apabila para responden ditanya soalan melalui Twitter. Jawapan bagi soalan tersebut akan dinilai menggunakan peratusan serta pendapat responden dianalisis menggunakan pra-andaian berdasarkan teori analisis wacana Brown & Yule (1983).
  3. Jumlah responden bagi kajian Facebook seramai 260 orang manakala jumlah responden bagi kajian Twitter seramai 200 orang.
  4. Pengajar terlibat dalam kajian Facebook kerana kajian melibatkan pelajar kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) sedangkan kajian Twitter tidak melibatkan pengajar sebagai fasilitator atau pemerhati.
  5. Kajian Facebook melibatkan program pembelajaran yang berlangsung selama enam bulan untuk melihat interaksi pelajar dalam melakukan aktiviti melalui Facebook tetapi kajian Twitter tidak ditetapkan tempoh kepada pengguna Twitter untuk menjawab soalan melalui Twitter.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)