BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021














Ulasan tentang Penghasilan Kalendar 2021:

Apabila saya mengambil kursus BBM3410 iaitu Multimedia dalam Bahasa, saya didedahkan dengan langkah-langkah menghasilkan sebuah kalendar iaitu Kalendar 2021. Pada mulanya, saya beranggapan bahawa membuat kalendar ini begitu sukar. Pun begitu, penghasilan kalendar ini tidaklah begitu sukar seperti yang saya gambarkan. Dengan bantuan En Akmal, rakan-rakan dan keluarga, saya berjaya menghasilkan Kalendar 2021 dengan jayanya. Foto-foto di atas merupakan hasil kerja saya bagi kelas tutorial setiap hari Jumaat selama 3 minggu berturut-turut sejak minggu ke-12 hingga minggu yang ke-14.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya menempuh pelbagai cabaran sepanjang saya menghasilkan kalendar ini misalnya laptop tidak berfungsi dengan baik iaitu ‘hang’. Pun begitu, saya tetap redha dengan ujian untuk mencapai kejayaan. Saya yakin, usaha dan redha akan dibalas dengan kejayaan oleh Allah S.W.T. In shaa Allah. 

Untuk pengetahuan anda, kalendar boleh dihasilkan menggunakan Adobe Photoshop, tidak kisah versi yang ke berapa, tetapi semua photoshop boleh digunakan. Anda semua perlukan video tutorial ke? In shaa Allah lepas habis peperiksaan akhir semester 4, saya akan cuba menghasilkan video tutorial untuk anda semua. Stay tuned gaisss ....

Hope lepas peperiksaan akhir, saya aktif update blog lagi. 🙈





Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)