BBM3410Satu2010: Keluarga Saya
Keluarga Saya Assalamualaikum W.B.T. Hari ini saya akan memperkenalkan kepada semua mengenai keluarga saya. Saya Nurul Nabila merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Saya merupakan anak perempuan bongsu kepada pasangan Jaffar Bin Mohd Noah dan Sapiah Binti Ja'afar. Ayah saya merupakan seorang pesara polis manakala ibu saya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Ibu bapa saya kini menetap di Batu Pahat, Johor manakala saya dan adik-beradik saya kini menetap di kawasan lain ekoran tuntutan pekerjaan dan belajar jauh daripada pangkuan ibu bapa yang berada di kampung halaman. Abang sulung saya iaitu Mohamad Fauzi dan kakak kedua saya iaitu Shahidah menetap di Kuala Lumpur kerana abang saya bekerja di Hotel Maluri sementara kakak saya bekerja di Kementerian Pertahanan. Kakak sulung saya sudah mendirikan rumah tangga dan kini menetap di negeri Perlis bersama suami dan anak-anaknya seramai enam orang. Akan tetapi, anak saudara saya di dalam gambar ...