BBM3410Satu2010: Keluarga Saya

Keluarga Saya






Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini saya akan memperkenalkan kepada semua mengenai keluarga saya. Saya Nurul Nabila merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Saya merupakan anak perempuan bongsu kepada pasangan Jaffar Bin Mohd Noah dan Sapiah Binti Ja'afar. Ayah saya merupakan seorang pesara polis manakala ibu saya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Ibu bapa saya kini menetap di Batu Pahat, Johor manakala saya dan adik-beradik saya kini menetap di kawasan lain ekoran tuntutan pekerjaan dan belajar jauh daripada pangkuan ibu bapa yang berada di kampung halaman. Abang sulung saya iaitu Mohamad Fauzi dan kakak kedua saya iaitu Shahidah menetap di Kuala Lumpur kerana abang saya bekerja di Hotel Maluri sementara kakak saya bekerja di Kementerian Pertahanan. Kakak sulung saya sudah mendirikan rumah tangga dan kini menetap di negeri Perlis bersama suami dan anak-anaknya seramai enam orang. Akan tetapi, anak saudara saya di dalam gambar di atas hanya memaparkan wajah lima orang sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana anak saudara saya yang keenam baru sahaja dilahirkan tahun lepas iaitu tahun 2019. Pada tahun ini, abang sulung saya aka mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya yang bernama Ainur Fatin pada bulan April ini. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)