Posts

Showing posts from December, 2019

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (Terjemahan Blog Post 19 Disember 2012)

Image
Nama: Nurul Nabila Binti Jaffar Nombor Matrik: 197296 BBN3402Satu2019: Minggu 14 (Terjemahan Blog Post 19 Disember 2012) Cucu Aku Budak tecit tu nak borak masa subuh hari. Mesti dia nak suruh mak bapak dia bangun sembahyang subuhkan. Itu kata Nur Maisarah, anak aku. Dia kata lagi, Sofea bangun awal pagi dan tak mahu tidur dah lepas tu. So dia nak borak dan nak main. Ala, cian budak tecit tomei domot tu! Stop with the baby talk, DrNotts! Dah tak sabar nak tengok Sofea. Terus rindu dia. Tengok gambar dia dengan tangan warna biru sebab bekas jarum masuk air, buatkan aku rasa nak sepak mak bapak dia. Memang tak ada kaitan tapi biarlah aku nak emo. Tapi by the time aku balik, mesti Sofea tomei macam gwenma dia kan! Not? Cis. Lana cakap, dia rindu gwenma. Mummy dia pun rindu gwenma. Papa dia pun rindu gwenma. Terus menitis air mata gwenma. Aku tak lupa cucu aku yang tomei domot bam bam cikabam tu. Lana tulah. Budak yang nak kena picit dek gwenma dia ni. Nanti kau Lana,

BBN3402Satu2019: Minggu 13 (Wheelie bin Hijau dan Cokelat Di Luar Sudah Penuh)

Image
Nama: Nurul Nabila Binti Jaffar Nombor Matrik: 197296 BBN3402Satu2019: Minggu 13 (Wheelie bin Hijau dan Cokelat Di Luar Sudah Penuh) Wheelie Bin Hijau dan Cokelat Di Luar Sudah Penuh Semalam dan pagi ni aku operasi membuang semua barang dalam rumah ni. Yup. Semua barang. Ada yang masih lagi dalam tin dan botol yang belum berbuka tapi since tak tahu nak bagi kat siapa, aku buang semua. Sangatlah banyak barang yang dibeli tapi tak guna dan tak makankan! Amat membazir. Cis. So aku clearkan juga fridge. Sudah clear sekarang. Tinggal pinggan dan mangkuk serta periuk aje yang perlu dimasukkan ke dalam tong sampah malam tadi. Kenalah lunch dulu. So far bin recycle sudah penuh. Ishhh, mana nak letak lagi barang recycle ni nanti. Segan pulak dengan Neil si tuan rumah. Dia sangatlah baik. By the way, Neil ni sudah merata dunia berjalan. Of course dia dah ke Malaya. So now, dia tumpukan pada keluarga dan business. Baik sungguh Neil ni. Dia sudah pun masukkan duit deposit ke dala

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)

Image
Nama: Nurul Nabila Binti Jaffar Nombor Matrik: 197296 BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI) Di Sini Pengalaman saya apabila mengikuti kursus Penterjemahan Berbantukan Komputer ialah saya meneroka mesin-mesin terjemahan melalui Internet. Saya cuba mengetahui cara-cara untuk menterjemah setiap perkataan sama ada daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu mahupun bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Sepanjang 14 minggu saya mengikuti kursus ini, saya telah didedahkan untuk menterjemah semua tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa dalam membuat tugasan itu sebenarnya telah mendidik saya untuk menyiapkan semua tugasan dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya belajar untuk lebih berdisiplin dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Akan tetapi, saya menghadapi cabaran semasa mengikuti kursus ini. Salah satunya ialah saya terpaksa bergegas ke kelas di fakulti dari Dewan Kuliah 9 yang berhampiran dengan perpustakaan. Saya terpaksa berlari untuk tiba awal k

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (Ulasan Buku 200 Quotes)

Image
BBN3402Satu2019: Minggu 14 (Ulasan Buku 200 Quotes) Nama Penulis: Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim Tahun Terbit: 2017 Tempat Terbit: Penerbit UMT, Kuala Nerus, Terengganu Harga Buku: RM20 Tajuk Buku: 200 Quotes for you… for us… Ulasan Buku 200 Quotes for you… for us… Buku ini mengandungi 200 kata-kata hikmat. Kata-kata hikmat ini terbahagi kepada 2 bahagian bagi setiap seorang penulis iaitu 100 kata-kata hikmat ditulis oleh Noraien Mansor manakala 100 kata-kata hikmat lagi ditulis oleh Normaliza Abd Rahim. Individu yang mengalami masalah mahupun berhadapan dengan kekecewaan kebiasaannya memerlukan semangat daripada keluarga dan rakan-rakan yang berada di sekelilingnya. Akan tetapi, buku ini dipenuhi dengan kata-kata hikmat yang berfungsi untuk mengembalikan semula semangat yang hilang dalam diri seseorang seandainya orang-orang di sekeliling kita tidak mampu membangkitkan semula semangat dalam diri. Kata-kata hikmat ini terdiri daripada pel

BBN3402Satu2019: Minggu 13 (Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi)

Image
BBN3402Satu2019: Minggu 13 (Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi) Nama Penulis: Normaliza Abd Rahim Tahun Terbit: 2019 Tempat Terbit: Penerbit UMT, Kuala Nerus, Terengganu Harga Buku: RM20 Tajuk Buku: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi Buku ini mengandungi tujuh bab yang menghuraikan tentang penyelidikan wacana oleh Normaliza Abd Rahim. Dalam bab 1, penulis mengemukakan definisi wacana oleh beberapa sumber supaya pembaca lebih memahami istilah wacana berdasarkan sumber yang berautoriti. Dalam bab 2, penulis menekankan tentang teori dan pendekatan wacana oleh Brown dan Yule (1983), Stubbs (1983), Vandijk (1977) dan Normaliza Abd Rahim (2018). Setiap teori dan pendekatan analisis wacana telah dihuraikan dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk membantu proses penganalisisan data kajian. Bab 3 pula tertumpu kepada pengan

BBN3402Satu2019: MINGGU12 (Penanda Wacana- Eh!!! Media Sosial)

Image
NAME: NURUL NABILA BINTI JAFFAR MATRIC NUMBER: 197296 Buku Eh!!! Media Sosial Penanda Wacana/Discourse Marker Bab Penanda Wacana Discourse Marker 5. 1.       Selain itu (3) 2.       Di samping (2) 3.       Walau bagaimanapun (4) 4.       Maka (4) 5.       Ini jelas menunjukkan (1) 6.       Secara umumnya (1) 7.       Terutamanya (1) 8.       Pada asasnya (1) 9.       Secara khususnya (1) 10.   Oleh itu (6) 11.   Akhirnya (2) 12.   Seterusnya (3) 13.   Manakala (2) 14.   Pertama (1) 15.   Kedua (1) 16.   Tambahan lagi (3) 17.   Secara kesimpulannya (1) 18.   Kemudian (2) 19.   Sebaliknya (1) 20.   Selain daripada (1) 21.   Keseluruhannya (1) 22.   Kesimpulannya (1) 23.   Ini menjelaskan bahawa (1) 24.   Ini diikuti dengan (1) 1.       Besides that, other than that; besides that 2.       Besides; besides 3.       However; however; however; however