BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)

Nama: Nurul Nabila Binti Jaffar
Nombor Matrik: 197296

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)


Di Sini

Pengalaman saya apabila mengikuti kursus Penterjemahan Berbantukan Komputer ialah saya meneroka mesin-mesin terjemahan melalui Internet. Saya cuba mengetahui cara-cara untuk menterjemah setiap perkataan sama ada daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu mahupun bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Sepanjang 14 minggu saya mengikuti kursus ini, saya telah didedahkan untuk menterjemah semua tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa dalam membuat tugasan itu sebenarnya telah mendidik saya untuk menyiapkan semua tugasan dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya belajar untuk lebih berdisiplin dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Akan tetapi, saya menghadapi cabaran semasa mengikuti kursus ini. Salah satunya ialah saya terpaksa bergegas ke kelas di fakulti dari Dewan Kuliah 9 yang berhampiran dengan perpustakaan. Saya terpaksa berlari untuk tiba awal ke kelas. Kadang kala saya terlewat masuk ke bilik kuliah sehingga saya berasa ketinggalan untuk mengikuti semula arahan tugasan oleh profesor. Walaupun profesor agak garang, tetapi Alhamdulillah saya mampu hadapinya sehingga minggu ke-14. Profesor cukup komited dalam memberikan tugasan kepada kami. Ilmu yang diberikan secara tidak langsung mampu membantu kami pada masa yang akan datang. Ilmu tentang penterjemahan ini sedar tidak sedar mampu mengasah bakat terpendam kami dalam bidang penterjemahan, huhu. Alhamdulillah, ilmu ini tidak akan aku lupakan sehingga akhir hayatku, huhu. Setakat ini sahaja luahan hati saya mengenai kursus ini kerana semester hadapan saya akan mempelajari kursus Multimedia dalam Bahasa bersama Profesor Normaliza. Jodoh kuat sangat agaknya ini. Huhu.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)