BBN3402Satu2019: Minggu 14 (Ulasan Buku 200 Quotes)

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (Ulasan Buku 200 Quotes)





Nama Penulis: Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim

Tahun Terbit: 2017

Tempat Terbit: Penerbit UMT, Kuala Nerus, Terengganu

Harga Buku: RM20

Tajuk Buku: 200 Quotes for you… for us…



Ulasan Buku 200 Quotes for you… for us…



Buku ini mengandungi 200 kata-kata hikmat. Kata-kata hikmat ini terbahagi kepada 2 bahagian bagi setiap seorang penulis iaitu 100 kata-kata hikmat ditulis oleh Noraien Mansor manakala 100 kata-kata hikmat lagi ditulis oleh Normaliza Abd Rahim. Individu yang mengalami masalah mahupun berhadapan dengan kekecewaan kebiasaannya memerlukan semangat daripada keluarga dan rakan-rakan yang berada di sekelilingnya. Akan tetapi, buku ini dipenuhi dengan kata-kata hikmat yang berfungsi untuk mengembalikan semula semangat yang hilang dalam diri seseorang seandainya orang-orang di sekeliling kita tidak mampu membangkitkan semula semangat dalam diri. Kata-kata hikmat ini terdiri daripada pelbagai tema misalnya tema persahabatan, kekeluargaan, percintaan dan motivasi. Buku ini sesuai untuk bacaan semua lapisan umur dalam kalangan masyarakat. Buku yang kecil dan comel ini begitu sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Reka bentuk buku ini juga semestinya mampu menambat hati pelanggan yang sudah membelek buku ini. Sesiapa sahaja yang dibelenggu cabaran dan dugaan yang sukar digalakkan membaca kata-kata hikmat yang terkandung dalam buku ini agar fikiran dan perasaan mampu dibendung serta dapat membangkitkan semula semangat dalam diri masing-masing. Oleh itu, ulat-ulat buku digalakkan memiliki buku ini. Hal ini dikatakan demikian kerana buku kata-kata hikmat ini cukup menarik serta tidak membosankan pembaca walaupun sudah dibaca berulang kali.

Terjemahan dalam Bahasa Inggeris

This book contains 200 words of quotes. The quotes are divided into 2 sections of each author, 100 quotes written by Noraien Mansor while another 100 quotes were written by Normaliza Abd Rahim. A person who suffers from problems or disappointment usually needs the spirit from the family and friends around him or her. However, this book is filled with quotes which play an important role to regain the spirit for someone if people around he or she are unable to reraise the spirit in themselves. These quotes consist of various themes such as friendship, family, romance and motivation. This book is suitable for all ages in the community. This small and cute book is so ideal to carry anywhere. The design of this book can attract customers who are already looked inside the book. Anyone who is faced with a difficult challenge is encouraged to read the quotes contained in this book so that their thoughts and feelings will be able to reraise their spirit in themselves. Therefore, the bookworms are encouraged to own this book. This is because the quotes are interesting and not makes readers bored even they read it repeatedly.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)