BBM3410Satu2020: Penulisan Blog
Nama: Nurul Nabila Binti Jaffar
Nombor Matrik: 197296
10 Cara Penulisan Blog yang Baik
1.
Tajuk yang menarik
yang boleh menarik perhatian pembaca.
2.
Cerita menarik
yang dapat menarik hati pembaca.
3.
Masukkan ayat yang
humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4.
Memastikan terdapat
hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5.
Kaitkan penulisan
anda dengan berita terkini.
6.
Gunakan perkataan
dan struktur ayat yang ringkas.
7.
Dapat dibaca dan
difahami.
8.
Dapat berkomunikasi
dengan pembaca.
9.
Masukkan moral
dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Perbincangan:
Cara penulisan blog
yang baik mementingkan tajuk yang bersesuaian, ringkas dan tepat dengan isi
supaya tajuk itu mampu menarik perhatian pembaca. Tajuk yang tidak menarik kebiasaannya
tidak mampu menarik perhatian orang ramai. Di samping itu, isi penceritaan di
dalam blog haruslah menarik dengan menerapkan pelbagai teknik atau strategi
penceritaan supaya pembaca tidak bosan apabila membaca blog tersebut. Seorang
penulis blog juga perlu menerapkan unsur humor yang berbentuk jenaka untuk
menarik perhatian pembaca dari semasa ke semasa. Tambahan pula, penulis blog
perlu menghuraikan isi-isi utama dengan menyediakan huraian dan contoh bagi
meningkatkan tahap pemahaman pembaca. Isi juga boleh dikaitkan dengan berita
terkini berdasarkan isu-isu semasa supaya hasil penulisan itu lebih kukuh
disebabkan bukti berita yang diselitkan di dalam penulisan tersebut. Selain itu,
penulis blog perlu memastikan perkataan dan struktur ayat yang dipilih dalam penulisannya
ringkas, padat dan tepat. Oleh hal yang demikian, hasil penulisan kita dapat
dibaca dan mudah difahami. Maka, penulis blog mampu berkomunikasi dengan pembaca.
Bukan itu sahaja, penulis juga perlu menyelitkan serba sedikit isu berkaitan
moral dan nilai estetika dalam blognya agar pembaca terdedah dengan nilai moral
dan estetika lalu diaplikasikan dalam kehidupan seharian para pembaca. Jelaslah
bahawa karya penulisan kita mempunyai ilmu yang penting dalam bidang
pendidikan.
Rujukan:
1.
Noraein Mansor
& Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!!
Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.
2.
Normaliza Abd
Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment