BBM3410Satu2020: Tentang Diri



Nama: Nurul Nabila Binti Jaffar
Nombor Matrik: 197296

Tentang Diri

Assalamualaikum W.B.T.
Nama diberi Nurul Nabila Binti Jaffar. Berasal dari Batu Pahat, Johor. Umur saya akan genap 22 tahun apabila tibanya hari lahir saya tanggal 21 Disember 2020 ini. Saya merupakan anak keempat daripada empat adik-beradik. Saya merupakan seorang yang manja ekoran saya anak bongsu dalam keluarga. Saya telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah suatu hari nanti. Saya membuat keputusan itu kerana saya ingin mengikut jejak langkah pak cik saya yang menjadi seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah, saya diterima menjadi seorang mahasiswi di Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah juga saya sudah berada di semester 4 di sini. Pada semester empat kali ini, saya mendaftar kursus BBM3410 iaitu Multimedia dalam Bahasa yang merupakan kursus wajib bagi saya dan rakan-rakan saya yang mengambil Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Setakat ini sahaja penerangan yang membicarakan perihal diri saya. Assalamualaikum.







Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)