BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM



MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan Instagram mampu memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Instagram bukan sahaja wahana untuk bersosial tetapi boleh digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyebaran maklumat kepada pengguna lain. Secara tidak langsung, pelbagai maklumat boleh disebarkan dengan pantas kepada masyarakat. Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), media sosial seperti Instagram membantu mereka dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek pengguna lain melalui akaun sendiri. Bukan itu sahaja, Instagram memberi mereka peluang untuk berkongsi rutin harian dan pengetahuan mereka kepada pengguna lain. Selain itu, mereka boleh mempelajari kemahiran dan benda baharu tanpa mengira masa dan tempat. Oleh hal yang demikian, masyarakat tidak membazirkan masa yang terluang dengan perkara yang tidak berfaedah. Menurut Sebah Al-Ali (2014) serta Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016), Instagram mampu meningkatkan penggunaan teknologi dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016) serta Bell (2013) mengatakan bahawa pelajar berpeluang mempelajari kemahiran baharu dan berkongsi pengetahuan mereka kepada orang lain melalui Instagram. Seterusnya, Instagram membantu para pengajar untuk mencipta sukatan pelajaran yang baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu bagi menarik minat pelajar pada masa kini. Apabila pelajar tertarik dengan strategi pengajaran tersebut, mereka boleh berkongsi pengetahuan yang diperoleh melalui sesi pembelajaran di sekolah kepada orang lain dengan  mencipta aura positif melalui video. Akhir sekali, penggunaan Instagram turut menyumbang kepada penggunaan teknologi dengan cara yang betul supaya teknologi yang sedia ada tidak disalah gunakan oleh pengguna media sosial ini dalam kehidupan seharian mereka.

Rujukan:
1. Bell, M.A. (2013). Picture This! Using Instagram with Students, Internet@Schools, 20(4): 23-25.
2. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.
3. Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan. (2016). Discourse Analysis in Social Network. Proceeding for Paper Presented at 11th Billenial Pacific Asian Conference Association. Universiti Putra Malaysia. 21-24 July 2016. 
4. Sebah Al-Ali. (2014). Embracing the Selfie Craze: Exploring the Possible Use of Instagram as a Language Learning Tool. Issues and Trends in Educational Technology, 2(2): 1-16.




Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)