BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1 Facebook Twitter LIRIK LAGU: KELUARGA Saya berasa puas hati Menolong ibu bapa setiap hari Bermula di pagi hari Sehingga malam nanti Ibu bapa yang disayangi Saya tetap berhati-hati Menjaga budi pekerti Keluarga saya yang dicintai Saya sayang ibu dan bapa Abang, kakak, adik dan saudara Mereka semua ada bersama Semasa saya memerlukan mereka PENDAPAT TENTANG LOGO : Logo yang dilukis menggambarkan wajah seorang kanak-kanak istimewa iaitu Alim yang gembira kerana dia mempunyai ahli keluarga yang sentiasa berada di samping Alim. Oleh itu, Alim begitu menyayangi ahli keluarganya. Sudah tentu Alim akan tersenyum kerana ibu bapa dan adik-beradiknya tidak jemu melayan kerenahnya. Bukan itu sahaja, logo yang memaparkan wajah seseorang kanak-kanak tersenyum itu menunjukkan bahawa Alim gembira kerana dapat menolong ibu bapanya setiap hari. R...
Asas Fotografi (Shot) Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa . Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Kepentingan Rule of Thirds Rule of Thirds merupakan satu teknik fotografi yang penting bagi mengekalkan keseimbangan sesuatu foto. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan Rule of Thirds mampu meningkatkan komposisi sesuatu foto. Teknik fotografi yang berbentuk grid ini mempunyai empat titik penting di bahagian tengah untuk melihat keseimbangan objek atau manusia semasa mengambil gambar. Oleh hal yang demikian, foto yang diambil dapat ditentukan keseimbangannya sebelum foto itu diambil tetapi teknik ini tidak digunakan dalam setiap situasi. Rule of Thirds ini begitu penting bagi individu yang mahu berjinak-jinak dalam dunia fotografi kerana teknik inilah yang akan menghasilkan foto yang menarik. Cara penggunaan teknik fotografi ini tidaklah begitu sukar. Yang penting, objek atau manusia ...
BBM3410Satu 2020: AKTIVITI BAB 8: IMPLIKASI PEDAGOGI AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial . Terengganu: Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment