BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Buku Eh!!! Media Sosial

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 (Eh!!! Media Sosial)


Pengenalan Bab 2 (Eh!!! Media Sosial)

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. 
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus daam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. 
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Huraian:
Twitter dan rakyat Malaysia bagai isi dengan kuku. Setiap lapisan masyarakat menggunakan laman Twitter ini untuk pelbagai tujuan. Pelajar kini tidak terkecuali menggunakan laman Twitter dalam proses pembelajaran ekoran media sosial merupakan salah satu medium teknologi yang berfungsi untuk tujuan pembelajaran masa kini.  Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), penulisan cerita secara individu membantu pelajar untuk menyerlahkan bakat menulis dalam diri masing-masing. Akan tetapi, sikap pelajar yang kurang keyakinan dan berfikiran negatif secara automatik menghalang mereka untuk terus menulis di laman Twitter. Twitter bukanlah medium untuk membawang tetapi laman ini boleh digunakan sebaik mungkin untuk tujuan pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar. Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017), tumpuan sepenuhnya oleh pelajar dalam penglibatan terus bagi sesuatu aktiviti mampu menghidarkan salah faham dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran bahasa melalui Twitter.


‪Rujukan:‬
‪Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.‬

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)