Posts

Showing posts from May, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Image
KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) Gambarajah tentang 5 Komponen Penting dalam Asas Grafik Perbincangan mengenai 5 Komponen Penting Asas Grafik Gambar di bawah menunjukkan penjelasan tentang 5 komponen penting asas grafik untuk dirujuk oleh individu yang ingin berjinak-jinak dengan dunia fotografi atau videografi. Sila ambil perhatian tentang semua komponen ini bagi memastikan hasil grafik anda lebih berkualiti serta memiliki nilai estetika yang tinggi. Jelaslah bahawa penggunaan kesemua elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan akan menghasilkan sentuhan grafik yang menarik perhatian masyarakat, mudah difahami dari segi penggunaan simbol atau objek di dalam grafik, mesej yang jelas, ketara dari segi penyampaian mesej atau konsep asal grafik serta dapat dipromosikan kepada orang ramai.  Rujukan:  Normaliza Abd Rahim. (2019).  Multimedia dalam Bahasa . Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Image
CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3 KELUARGA SAYA Pendapat tentang Nilai di dalam Cerita Sosial 3 Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3: Keluarga Saya:- 1. Rajin. 2. Berterima kasih. 3. Kasih sayang. Pada pendapat saya, nilai-nilai seperti di atas sememangnya terkandung dalam cerita sosial 3 yang bertajuk Keluarga Saya. Hal ini demikian disebabkan oleh jalan ceritanya memaparkan perbuatan Alim iaitu seorang kanak-kanak istimewa yang rajin menolong ibu bapanya dan gemar membuat kerja rumah untuk meringankan beban ahli keluarga tercinta. Alim suka mengemas rumah lebih-lebih lagi jika Aisyah terlupa mengemas alat permainannya setelah bermain. Bukan itu sahaja, nilai berterima kasih juga dapat dilihat apabila Alim mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapanya setelah ibu dan bapa memuji tindakan Alim yang ringan tulang membantu mereka setiap hari. Seterusnya, nilai kasih sayang itu wujud dalam cerita ini apabila seluruh ahli keluarga Ali

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Image
ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA Nota Ringkas (Bab 7) Rujukan:‬ ‪Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019).  Eh!!! Media Sosial . Terengganu: Penerbit UMT.‬

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Image
BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) Bukti informasi berkaitan dengan Rule of Thirds yang dimuat naik di laman sosial Facebook milik saya.  Huraian: Rule of Thirds ini bukanlah perkara yang wajib untuk digunakan semasa ingin mengambil gambar sesuatu objek atau manusia tetapi penggunaannya mendatangkan faedah kepada seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana hasil gambar itu nanti akan kelihatan lebih menarik. Bukan itu sahaja, objek atau manusia itu dapat difokuskan sekiranya kotak-kotak grid ini digunakan sama ada di telefon bimbit mahupun kamera. Untuk pengetahuan anda semua, saya menggunakan Rule of Thirds ini sepanjang masa di telefon bimbit supaya saya mampu mengambil gambar yang lebih fokus dan menarik untuk tatapan orang ramai. Tidak rugi jika kita menggunakan teknik ini untuk mengambil gambar. Jadi, apa yang anda tunggu lagi, cubalah sekarang. Memang berkesan.  Rujukan:  Normaliza Abd Rahim. (2019).  Multimedia dalam Bahasa .

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Image
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) Pendapat tentang Nilai di dalam Cerita Sosial 2 Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 2: Saya yang Istimewa:- 1. Patuh akan arahan orang yang lebih tua. 2. Pemurah atau suka bersedekah. 3. Tolong-menolong. Pada pendapat saya, nilai-nilai seperti di atas sememangnya terkandung dalam cerita sosial 2 yang bertajuk Saya yang Istimewa. Hal ini demikian disebabkan oleh jalan ceritanya memaparkan perbuatan Alim iaitu seorang kanak-kanak istimewa bersama ahli keluarganya melakukan sesuatu perkara yang bersesuaian dengan nilai patuh akan arahan orang yang lebih tua, pemurah atau suka bersedekah dan tolong-menolong. Nilai patuh akan arahan orang yang lebih tua jelas terpapar apabila anak-anak ibu iaitu Imran, Madinah, Alim dan Aisyah mengangguk kepala sebagai tanda faham setelah ibu memberi arahan untuk meletakkan sampah buah-buahan ke dalam bakul sampah yang disediakan supaya rumah tidak kotor dan bersep

BBM3410Satu2020: Eh!!! Media Sosial (Aktiviti 1,2 dan 3)

Image
BBM3410Satu2020: Eh!!! Media Sosial (Aktiviti 1,2 dan 3) Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3