RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG Graf 6.1: Blog dalam pengajian kesusasteraan Graf 6.2: Blog dalam pembelajaran bahasa Graf 6.3: Blog di dalam pembelajaran teknologi Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Penulisan blog bagi genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun diminati oleh responden wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana responden wanita bersetuju bahawa blog merupakan wahana yang sesuai untuk perkongsian ilmu kesusasteraan kepada orang lain mahupun mengasah bakat mereka dengan ilmu di dada. Graf 6.1 menunjukkan bahawa peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding peratusan responden lelaki bagi setiap genre tetapi perbezaannya tidaklah begitu ketara. Dapat disimpulkan bahawa responden wanita lebih gemar menulis blog untuk pengajian kesusasteraan ber...
Nama: Nurul Nabila Binti Jaffar Nombor Matrik: 197296 BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI) Di Sini Pengalaman saya apabila mengikuti kursus Penterjemahan Berbantukan Komputer ialah saya meneroka mesin-mesin terjemahan melalui Internet. Saya cuba mengetahui cara-cara untuk menterjemah setiap perkataan sama ada daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu mahupun bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Sepanjang 14 minggu saya mengikuti kursus ini, saya telah didedahkan untuk menterjemah semua tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa dalam membuat tugasan itu sebenarnya telah mendidik saya untuk menyiapkan semua tugasan dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya belajar untuk lebih berdisiplin dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Akan tetapi, saya menghadapi cabaran semasa mengikuti kursus ini. Salah satunya ialah saya terpaksa bergegas ke kelas di fakulti dari Dewan Kuliah 9 yang berhampiran dengan perpustakaan. Saya terpaksa berlari untuk tiba awal k...
Comments
Post a Comment