BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4
Tajuk: Hati


Pendapat tentang Nilai di dalam Cerita Sosial 4

Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 4: Hati:-
1. Pemurah/suka bersedekah
2. Berterima kasih 
3. Berdikari

Pada pendapat saya, nilai-nilai seperti di atas sememangnya terkandung dalam cerita sosial 4 yang bertajuk Hati. Hal ini demikian disebabkan oleh jalan ceritanya memaparkan perbuatan Alim iaitu seorang kanak-kanak istimewa yang membawa kek cawan ke sekolah untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain sempena hari lahirnya. Perbuatan itu menunjukkan bahawa Alim seorang yang pemurah kerana rezeki yang dimilikinya dikongsi bersama dengan orang lain. Seterusnya, nilai berterima kasih juga dapat dilihat apabila Alim mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana ibu Alim memberi ucapan hari lahir kepada Alim sebelum dia pergi ke sekolah. Nilai berdikari pula dapat dilihat apabila Alim sudah mampu memakai baju sekolah dan kasut sendiri tanpa menerima bantuan oleh sesiapa. Walaupun Alim seorang kanak-kanak istimewa, dia mampu melakukan banyak perkara secara sendiri tanpa mengharapkan bantuan ahli keluarganya yang lain. Nilai ini jelas terpapar dalam diri Alim apabila dia juga mampu mengemas katilnya sendiri sebelum pergi ke sekolah. Jelaslah bahawa cerita sosial 4 iaitu Hati dimuatkan dengan nilai-nilai murni untuk dijadikan pedoman kepada semua pembaca cerita ini tanpa mengira lapisan umur sama ada muda atau tua.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)