BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5
Tajuk: Jiran.


Pendapat tentang Nilai di dalam Cerita Sosial 5

Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 5: Jiran:-
1. Rajin
2. Pemurah
3. Penyabar

Pada pendapat saya, nilai-nilai seperti di atas sememangnya terkandung dalam cerita sosial 5 yang bertajuk Jiran. Hal ini demikian disebabkan oleh jalan ceritanya memaparkan perbuatan Alim iaitu seorang kanak-kanak istimewa itu begitu rajin mengemas dan menyusun semua buku miliknya mengikut abjad setiap hari. Seterusnya, nilai pemurah pula dapat dilihat apabila Alim meminjamkan buku cerita miliknya kepada rakan iaitu jiran sebelah rumahnya yang bernama Sulaiman. Bukan itu sahaja, nilai penyabar turut terpapar dalam cerita sosial bertajuk Jiran ini apabila Alim tidak pernah merungut walaupun Alim kerap jatuh sakit. Alim tetap sabar dengan segala ujian yang diberikan oleh Allah. Jelaslah bahawa cerita sosial 5 iaitu Jiran dimuatkan dengan nilai-nilai murni untuk dijadikan pedoman kepada semua pembaca cerita ini tanpa mengira lapisan umur sama ada muda atau tua.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: VIDEO TRAGEDI

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Minggu 6 (Puisi & Quotes)