Posts

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA.

Image
MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA. MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK [1] Keluarga Saya berasa puas hati Menolong ibu bapa setiap hari Bermula di pagi hari  Sehingga malam nanti Ibu bapa yang disayangi  Saya tetap berhati-hati Menjaga budi pekerti  Keluarga saya yang dicintai Saya sayang ibu dan bapa  Abang, kakak, adik dan saudara Mereka semua ada bersama Semasa saya memerlukan mereka Cerita:  Model penceritaan ini mengisahkan tentang institusi kekeluargaan iaitu keluarga Alim. Seorang kanak-kanak istimewa bernama Alim berpuas hati apabila dia dapat membantu ibu dan bapanya setiap hari tanpa mengira masa. Membantu ibu bapa merupakan satu perbuatan yang mulia sebagai seorang anak. Justeru itu, kita haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab dengan meringankan beban ibu bapa kita kerana ibu bapa itu tiada galang gantinya. Seorang anak yang baik perlu menjaga tutur kata dan tingkah laku ...

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

Image
NAMA KUMPULAN : ASHIAAAP PRODUCTION  ASAS FOTOGRAFI 1. Long shot Pemandangan kawasan letak kenderaan dari tingkat 2 Bangunan CALC, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Pemandangan rumah Melayu Tradisional berhampiran dengan Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. 2. Medium shot Gambar model berlatarbelakangkan pokok-pokok pisang. Gambar model berlatarbelakangkan rumah Melayu tradisional, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. 3. Portrait Gambar keseluruhan badan model di tangga rumah Melayu Tradisional. Gambar wajah model yang sedang termenung jauh. 4. Mug shot Nur Aziemah Binti Jasman (199909) - Mug Shot Emosi - Gembira dan marah Nur Emy Nadira Binti Rosli (199780) - Mug Shot Emosi - Gembira dan marah Siti Nur Athirah Binti Roslan (199801) - Mug Shot Emosi - Serius dan marah  Awadah Binti Mohamad (195903) - Mug Shot Emosi - Gembira dan meluat Nurul Najah Binti ...

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0 Nama Kumpulan: Ashiaaap Production Soalan 1: -Terangkan tentang Rule of Thirds dalam asas fotografi? =Imejnya mesti seimbang. Sekiranya seseorang itu hendak mengambil gambar, dia seharusnya menggunakan teknik fotografi Rule of Thirds kerana kita mampu melihat kedudukan gambar itu. Tidak semestinya objek itu perlu ada di tengah-tengah, sekiranya sudah seimbang di bahagian kiri, kanan, atas dan bawah, gambar tersebut sudah mampu menarik perhatian orang ramai. (1 Markah) Soalan 2: -Soalan asas fotografi berdasarkan tayangan skrin di hadapan semasa kuliah. = Mug shot . (1 Markah) Soalan 3: -Soalan asas fotografi berdasarkan tayangan skrin di hadapan semasa kuliah. = Pemandangan. (1 Markah)

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Image
NAMA: NURUL NABILA BINTI JAFFAR NOMBOR MATRIK: 197296 RINGKASAN CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA Cerita sosial 2 iaitu Saya yang Istimewa mengisahkan tentang Alim serta adik-beradiknya iaitu abang Imran, kak Madinah dan Aisyah yang begitu teruja apabila bapanya membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli dari pasar tani. Apabila semua ahli keluarga Alim berkumpul untuk makan buah-buahan tempatan tersebut, tiba-tiba Alim menyatakan hasratnya untuk memberi sedikit buah-buahan itu kepada jirannya iaitu Sulaiman. Ibu Alim gembira kerana Alim seorang anak yang berhati mulia kerana Alim ingin melakukan sesuatu perbuatan yang baik iaitu bersedekah atau saling berkongsi rezeki dengan jiran tetangga. Alim mengisi buah ke dalam plastik lalu memberi plastik itu kepada Sulaiman, Alim pulang ke rumah semula sambil tersenyum puas. Alim makan buah-buahan bersama ahli keluarga lalu menolong adik-beradiknya mengemas dengan membuang kulit buah-buahan itu tadi ke dalam ton...

BBM3410Satu2010: Keluarga Saya

Image
Keluarga Saya Assalamualaikum W.B.T. Hari ini saya akan memperkenalkan kepada semua mengenai keluarga saya. Saya Nurul Nabila merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Saya merupakan anak perempuan bongsu kepada pasangan Jaffar Bin Mohd Noah dan Sapiah Binti Ja'afar. Ayah saya merupakan seorang pesara polis manakala ibu saya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Ibu bapa saya kini menetap di Batu Pahat, Johor manakala saya dan adik-beradik saya kini menetap di kawasan lain ekoran tuntutan pekerjaan dan belajar jauh daripada pangkuan ibu bapa yang berada di kampung halaman. Abang sulung saya iaitu Mohamad Fauzi dan kakak kedua saya iaitu Shahidah menetap di Kuala Lumpur kerana abang saya bekerja di Hotel Maluri sementara kakak saya bekerja di Kementerian Pertahanan. Kakak sulung saya sudah mendirikan rumah tangga dan kini menetap di negeri Perlis bersama suami dan anak-anaknya seramai enam orang. Akan tetapi, anak saudara saya di dalam gambar ...

BBM3410Satu2020:TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH - NURUL NABILA BINTI JAFFAR

Image
NAMA: NURUL NABILA BINTI JAFFAR NOMBOR MATRIK: 197296 TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH  Gambar 1 Gambar 1 di atas sangat berkait rapat dengan tips belajar dengan mudah menerusi laman media sosial. Tips yang saya kongsikan ini ialah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa media sosial turut memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran seseorang setiap hari tanpa mengira masa dan tempat. Oleh itu, setiap individu perlu mencuba tips tersebut kerana cara ini dikatakan lebih berkesan dan efektif kepada semua orang terutamanya pelajar. Diharapkan tips ini mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian anda semua. Setakat itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Sekian, terima kasih.

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Image
BBM3410Satu2020: Asas Grafik Kuliah Minggu Kedua Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik menitikberatkan lima elemen yang utama iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Elemen dalam asas grafik ini perlu diberi perhatian dalam proses pemilihan bahan-bahan grafik tetapi ianya sudah memadai andainya bahan grafik itu memiliki sekurang-kurangnya dua elemen daripada lima elemen asas grafik tersebut. Kuliah minggu kedua bagi kursus Multimedia dalam Bahasa (BBM3410) telah mendedahkan kami tentang asas-asas grafik supaya bahan grafik itu mampu menyampaikan mesej yang jelas kepada sesiapa sahaja yang melihat bahan grafik itu. Nama Kumpulan: Ashiaaap Production (Kumpulan 4) Tugasan Berkumpulan yang Berkaitan dengan Elemen Asas Grafik (Minggu Kedua) Sesi Pemilihan Bahan Grafik dan Pembahagian Tugas Pelaksanaan Tugas oleh Ahli Kumpulan Proses Menyeimbangkan Bahan Grafik di atas Mounting Board Proses Menampal Bahan Grafik yang Sudah Selesa...